Sunday, May 29, 2011

Assalamualaikum.. :)

SEGALANYA

Sejuk malam menyelebungi
Seperti kenangan datang bertamu
Cuba dilupa apakah mungkin?..
Jika mungkin tiadalah terluka
Terluka kerana memori lama..

Hangat mentari tidak tertanggung
Seperti dosa tidak terampun
Jika terampun mungkinkah ikhlas
Seikhlas hujan menyiram bumi
Menyiram tanpa harap berbalas..

Bising siang mencari malam..
Bertemu malam siang menghilang
Bertemu dinanti berpisah dibenci
Itulah dia lumrahnya dunia
Di mata sepertinya buta
Di angan itulah segalanya..

Hari ini disyukuri
Kerna esok belumkan pasti
Teman ketawa setia menanti
Teman menangis di tinggalkan diri:)
Jadikan diri seperti laut
Mengalir terus yakini diri ..



No comments: