Tuesday, November 12, 2013

Family day Sabah

Assalamualaikum . 
Entry kali ni pasal aku pegi holiday dgn family . Sabah . Detail pasal holiday tak pasti sbb semua di urus oleh abg2 kental aku . hahaha . Ni mcm mengimbau kembali holiday yang lepas. Sebab ni cuti sem 2 hari tu . Awal tahun. Terima jela hakikat crita yang berbulan-bulan lepass ! HAHAHA. 
Kita orang sampai malam. Memang semua bengang , flight delay , delay delay . itu lah AirAsia! Dari airport ke homestay dlm 20minit . 2 trip sbb banyak bag. aku trip yg first , sbb tak larat nak tunggu. Kelaparan . HAHA , Jahat sangat . Sampai je letak bag , trus abg tu bawak pegi kdai makan . Sabah kan awl dr semenanjung , so pkul9 tu dah mcm pkul 12. sunyi sepi . makanan boleh tahan mahal. member2 dr sabah cakap. Its normal . Labuan lagi murahhh . blablabla . ok tu next vacation maybe .

HARI -1
Mula pengembaraan , ceyhh. lepas breakfast, terus ke Kundasang . Singgah2 la tempat2 yang menarik . tapi tak banyak sangat . nak murah punya pasal ambil pemandu pelancing yg takde ilmu langsung pasal pelancongan . ok stop . biar la gambar ceritakan segalanya . :)
Ketua rombongan cik kiah . 
ni dekat homestay , dan ni family belah arwah abah aku :)


eyhh? budak gemok mana tu ? hehe

Rumah terbalik . tak menarik pon .


HK's Family :)
Otw . dekat mana tah , dah lupa . gambar banyak . Tapi …..(sambungkan)

Sampai Kundasang, terus beli barang2 nak buat BBQ , tp Ya Allah … mama cakap seolah-olah kembali ke zaman 90an .. tiada tempat proses ayam , ayam kena beli dan sembelih sendiri .. ikan mahal . yang murah ? sayurrrrr .. Cari kfc , tp budak tu tak singgah . ok takpa2 .. kita cari yg frozen .. ada la kedai runcit . mcm mini market yg jual mcm2 . Ambil je barang masak yg alar kadar . beras ,gula,garam , tehh , lg apa tah .. time ni semua ok lagi … sejuk dia ala2 cameron .. 
         Abg aku booking kirams village . mula2 tu aku tak prasan .. lepas tu dgr2 dyeorg gelak2 . aku fikir mcm something tak kena . aku pandang signbord bawah ni… eyhh ? ok ke duduk sini? selamat ke? ni kaum dia ke? mcm2 la dlm otak aku , yela, time aku pegi ni kan kecoh sabah kena serang hendap . Kena la sound dgn pakcik aku , mulut jaga2. jumpa depa, senyum ja . ok finee… Tapi sumpah best tempat ni . sejuk dia jgn cakap la kan .. bukak je kasut ,langkah je setapak. perghh , sampai ke tulang terasa sejuk dia.


Abg cik aku ni sampai je trus cop katil . tidur , sbb tak tahan sejuk.


Ni uda , kesian dia . kena tidur atas sofa sbb katil tak cukup, tidur dekat luar bilik . mmng menggigil dia . yang best , dia boleh masak air panas , letak dlm botol n peluk btol tu . hahaha . sumpah kreatif ! 


Dengan mama , Blakang tu la puncak Gunung Kinabalu . nampak je dekat . tp sebenarnya jauh .


Ni abg kental a.k.a along . Aku suka gambar ni . feeling2 gituww..  dan smart sangat . tapi aku tak join sbb diaorang pegi senyap2 . menyampah!
HARI-2
Turun dari kundasang , pegi ……:)
Dairy Farm Kundasang

Ladang teh Sabah

 

Ni teh apa entah.  tapi mmng sedap !!

Ada lg tempat2 menarik , turun bawah dr ladang ni , ada tempat apa entah nama dia..
Alaaa , sungai yang banyak ikan tu . Geli nak mampus . di sebabkan masuk sungai , dlm cmera ni takda gambar .
Semua dalam handphone.
Dekat bawah ni tempat makan termahal pernah aku pegi .
Dah tanya driver , diaa buat-buat tak tahu pasal harga tempat ni padahal dia nak join sekaki .
Tapi best la . ada show kebudayaan semua .
ni restoren Nelayan tak silap , service ok. cuma makanan dia sangat2 mahal . kalau datang ramai2 , elok oder alarcate . service dia saja dah charge RM50 tak silap . aku malas nak tgk resit tu . hanginn . panas dgn org yg mengajaknya .
Lepas makan , terus dia hantar homestay dekat KK . 
HARI-3 
Pasar Filipina .  shopping sikit-2



Jeti Nelayan Kg Aru . Sangat best dan cantik ..



Ni dekat tepi pantai , makan tgh hari sebelum terus ke airport .
Btw , sampan KL pukul 12 yea . kenapa? off cozzz flight delay !
SEKIAN . :)




Monday, November 11, 2013

TANPA DI SEDARI . TUNANG ? FAKTA ATAU AUTA?



Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki? Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku." "Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut. Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram. Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan? Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting? Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri. Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah? Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya. Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut. Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini…

#Ya Allah , jika benar apa yang diperkatakan , jika benar dia milikku , satukan la kami dengan cara yang halal disisi mu . aku berserah . aku percaya pada jodohmu . 
#kepada si dia … sy akur dgn ketentuan illahi . jika benar awak jodoh sy , jika benar awk ingin memiliki sy seperti yg dinyatakan sebelum ini . sy setia menunggu . jika tidak . sy redha bahawa awk bukan milik sy :') 

Saturday, November 09, 2013

Selamat Pagi .

aku bangun . Bangun dengan seribu satu harapan . Bangun untuk terus berjuang . Bangun , toleh ke blkang . Itu semua kenangan . Kenangan yg mematangkan diri . Kenangan yang buat aku berfikir lebih mendalam soal kehidupan . dari satu-satu ujian Allah , Alhamdulillah aku berjaya tempuhi semua itu dengan akal fikiran yang waras . Emosi? ya , sepanjangku tempuhi alam ini , emosi banyak memberi peranan . dari emosi yang negatif, aku cuba jadikan positif . bukan apa .. takut makan diri .. .. Arwah selalu berpesan , jangan ikutkan emosi , cuba yg negatif jdkan positif .. Dalam kehidupan , tiada yang terus positif . pasti akan menempuhi negatif dahulu .. dari negatif la kita belajar segalanya . Terima kasih abah :) Adik selalu ingat . Sekarang adik dah bangun semula . :) Kalau adik jatuh sekali pon . adik tetap akan bangun semula :) Lambat atau cepat .

Dia muncul

Dia muncul , aku dipersalahkan . Dgn harapan dia faham hati aku yg satu ini . Tapi sangkaan meleset . Dia diam semula . Aku seolah beban bg dia . Ya Allah . Peristiwa 3 tahun yg lepas seperti muncul kembali . Perit , Sakit , .. 

Penat

Assalamualaikum .
Setiap hari berdoa agar dipanjangkan jodoh . Tp apa yg aku tahu jodoh telah ditentukan oleh Allah sejak usia kita 4 bulan di dalam kandungan ibu . Aku redha . Aku tabah . Aku bangun semula dgn bantuan Allah, mama dan seorang sahabat . Sahabat yg dulu hilang , tetapi muncul dikala aku jatuh . Terima kasih awak.Tetapi banyak dugaan aku tempuh sepanjang aku ingin kembali bangun . sekarang sahabat hilang . Hilang selepas mengungkapkan kata2 yg membuatkan aku tersenyum riang . mencari dan terus mencari . tetapi dia diam , dia kata sabar . Ya, aku sabar… tp kenapa perlu diam dan terus menyepi? kenapa perlu buat aku berfikir . Dulu aku benci , benci semua tentang kau , skrng bila aku mula terima kehadiran kau , kau pula hilang . Apa besar ujian Allah beri .. Ya Allah … disini sahaja tempat aku luahkan isi hati selain di sejadah . Aku… aku penat …

Friday, September 30, 2011

MY KITTEN

Assalamualaikum n evning blogger:_: wanna know my hobby ? jyeaahh ! evrybdy know it .. SNAP PICTURE! yeaahh ! ari ni ad gmbr lg :) gmbr boboy .. my little n little kitten ... enjoy it :)