Tuesday, June 21, 2011

MATA HATI KASIH

Rasulullah s.a.w mencium Hasan bin Ali,dan di sisinya
al-Akra' bin Habis al-Tamimi,maka al-Akra' berkata:
"Sesungguhnya saya ada 10 orang anak, tidak pernah aku
mencium seorang pun daripada mereka.'' 
Maka Rasulullah memandangnya kemudian berkata:
"Sesiapa yang tidak memberi kasih sayang 
tidak akan diberi kasih sayang."

KASIH

Tip untuk Kekasih
  • Kasihlah kerana Allah,itulah kasih yang sejati dan abadi.
  • Kasihi dahulu, kemudian baru dikasihi.
  • Kasih itu menuntut pengorbanan, tanpa pengorbanan kasih tiada akan berpanjangan.
  • Jangan mengharap balasan. Kasih yang suci tidak menuntut balasan.
  • Jangan bimbang jika tidak dikasihi, tetapi bimbanglah jika kita tidak boleh mengasihi.




No comments: